Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah... saya masih boleh untuk menghasilkan blog ini
Saya sebenarnya suka mencuba pelbagai jenis masakan. Tapi sekarang ni yang paling saya minat ialah kerepek. Ada 3 jenis kerepek yang saya telah cuba... mulanya saya bawa kat opis .Bila kekawan komen kata sedap.. saya pun bersemangat untuk mencuba untuk menjual. Alhamdulilah dah hampir 2 tahun (2 kali hari raya ) saya dah berniaga. 3 jenis kerepek tu adalah Kuih tiram, Rempeyek dan mini popia simpul.
Sejarahnya saya mula dengan membuat mini popia simpul. Serundingnya saya buat sendiri iaitu serunding Udang kering, Daging dan ayam. Selepas tu saya di ajar oleh seorang kawan opis untuk membuat kuih tiram dan juga rempeyek.
Kuih Tiram ataupun lidah buaya .. apapun namanya ia tetap sama rasa. Ia diperbuat drp tepung gandum yang di uli dengan garam dan di gulung dengan krim minyak + tepung jagung. Setelah dibuat kepingan sehingga menjadi lapisan lalu di gunting dan di goreng. Kuih ini di sira dengan gula halus sebelum di hidangkan.
Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya A-tam 0173149647